Kerjaya dalam dunia hiburan Aline_Khalaf

Kemudian beliau mula menyanyi bersama beberapa penyanyi-penyanyi terkenal di dunia Arab di restoran-restoran popular di sekitar Lubnan.

Beliau telah mengikat kontrak dengan syarikat rakaman Relax-In dan terus mendapat sambutan dengan singlenya yang pertama Khayfa Minnak (Takut Padamu).

Kemudiannya lagi Bousat Al Rih telah melonjakkan lagi nama beliau di dalam dunia hiburan Arab.

Apabila album Ya Zein dikeluarkan di pasaran, beliau telah pun memcipta nama dan menjadi antara artis popular di Lubnan. Beliau juga berjaya mendapat sambutan untuk album beliau seterusnya yang bertajuk Wayed Wayed.

Album yang mempunyai impak yang menakjubkan dalam karier beliau adalah La Ley Lah di mana beliau telah memilih lagu tersebut untuk video klip terbaru beliau.

Albumnya yang berikut Azz Alayya kemudiannya dikeluarkan dan amat popular dengan single Law Endak Kalam.

Album beliau yang terkini adalah 'Aloulak Eih (Apa Yang Kau Katakan?)